Sunday, February 28, 2010

Musang dan kopi...

saya baru sahaja selesai membaca rencana kat dalam suratkhabar berita minggu. tajuknya kopi termahal dunia. musang menjadi bintangnya.

musang menjadi binatang penting dalam menentukan kopi mana yang terbaik. kopi termahal adalah kopi musang/kopi luwak iaitu RM2298 bagi 500gram. kopi ini memang dipilih oleh musang. musang akan memakannya dan mengeluarkan biji kopi tersebut melalui najisnya.

harga secawan kopi ini di hotel 5 bintang di HongKong adalah RM114.

mahal tu. kalau kita minum kopi biasa, agak-agaknya berapa cawan yg boleh di minum. mmmmm..
dunia-dunia.. macam-macam ada..

No comments:

Post a Comment