Sunday, February 28, 2010

Musang dan kopi...

saya baru sahaja selesai membaca rencana kat dalam suratkhabar berita minggu. tajuknya kopi termahal dunia. musang menjadi bintangnya.

musang menjadi binatang penting dalam menentukan kopi mana yang terbaik. kopi termahal adalah kopi musang/kopi luwak iaitu RM2298 bagi 500gram. kopi ini memang dipilih oleh musang. musang akan memakannya dan mengeluarkan biji kopi tersebut melalui najisnya.

harga secawan kopi ini di hotel 5 bintang di HongKong adalah RM114.

mahal tu. kalau kita minum kopi biasa, agak-agaknya berapa cawan yg boleh di minum. mmmmm..
dunia-dunia.. macam-macam ada..

El Nino datang lagi.....

salam....
Seluruh dunia sekarang berdepan dengan el nino.. cuaca panas dan sejuk jadik tak menentu kat seluruh dunia.. tempat bersalji menjadi ribut salji... salji pulak tebal menyukarkan aktiviti seharian.

cuaca panas macam kat negara kita. melampau. sampai satu tahap boleh mencecah 34 - 36 darjah celsius. suhu macam ni lah boleh menyebabkan kebakaran tak terkawal. elakkan pembakaran terbuka.

tak boleh kata apalah. sesiapa yg berkebun kenalah menyiram pokok selalu. tanah kat belakang rumah saya dah merekah akibat kepanasan melampau. minum banyak air supaya kita terhindar dari penyakit.

Saturday, February 27, 2010

Apa dah jadi?

Apa hak teman lelaki si ibu untuk membunuh anak teman wanitanya.. kanak-kanak itu baru berumur 3 tahun.. apa yang beliau tahu... apakah kesalahan kecil budak tersebut diakhiri dengan kematian..
takziah buat keluarga adik tersebut...
Alfatihah...

Thursday, February 25, 2010

salam pembuka..

Salam untuk semua...

Hari pertama buka blog.. Macam-macam difikiran.
Persoalannya.....

Apa yg perlu diisi?
Boleh ke maintain hari-hari?